AL-SUFI(903-986M)
Al-Sufi merupakan ahli astronomi Parsi (Iran) . Beliau dikenali
sebagai Abd ar-Rahman as-Sufi atau Abd al-Rahman Abu al-Hussain atau lebih
dikenali sebagai Azophi di Barat. Beliau yang merupakan salah seorang ahli
sains Islam dilahirkan pada 7 Disember 903 dan meninggal dunia pada 25 Mei
986. Al-Sufi tinggal di kawasan Emir adud ad-Daula di Isfahan.
Sumbangan al-Sufi
Beliau melakukan tugas menterjemah dan mengembangkan kerja-kerja astronomi
Greek, terutama almagest of Ptolemy.Al-Sufi melakukan beberapa sumbangan
dalam astronomi pada zaman pertengahan dengan membetulkan senarai bintang
Ptolemy dan melakukan anggaran magnitud serta kejelasan yang menyimpang
daripada kerja-kerja Ptolemy. Beliau mengenal pasti Awan Besar Megallanic
yang kelihatan di Yaman dan bukan di Isfahan yang tidak dapat dilihat oleh
bangsa Eropah sehingga penggembaraan Megellan pada abad ke 16. Beliau
merupakan penterjemah utama ke Bahasa Arab mengenai Astronomi Hellenistic
yang berpusat di Iskandariah. Beliau memerhati dan dapat mengira tempoh
panjang tahun tropika dan menerangkan mengenai bintang, posisi, magnitud
dan warna serta menghasilkan keputusan mengenai buruj demi buruj. Beliau
menghasilkan dua lukisan bagi setiap buruj, satu dari luar cakerawala dan
satu lagi dari sebelah dalam yang dilihat dari Bumi. Beliau telah
mengenalpasti galaksi Andromeda M31. Beliau juga berjaya menyenaraikan dan
menerangkan dengan terperinci kegunaan astrolab.
Karya-karya al-Sufi
Diantara hasil tulisan beliau yang amat terkenal ialah Kitab Al-Kawakib
As- Sabit Al-Musawwar yang menerangkan tentang kedudukan buruj
bintang.As-Sufi mengeksplorasi bukan hanya kedudukan bintang tetapi juga
kedudukan buruj bagi bintang itu sendiri, menggambarkannya, serta
menghurai pantulan sinar dan warnanya. Al-Sufi menulis dalam bahasa Arab
walau dia sendiri berbahasa Parsi. Beliau menghitung tahun matahari dengan
tepat. As-Sufi juga adalah saintis pertama yang menerangkan tentang
kewujudan nebula dan galaksi di angkasaraya. Al-Sufi juga menulis mengenai
astrolab dan mencari beberapa kegunaan mengenainya.
Beliau menerbitkan bukunya ‘Book of Fixed Stars’ pada 964, yang memaparkan
mengenai kerjayanya dalam bentuk teks dan gambar.
Sumber :
http://en.wikipedia.org/wiki/Abd_al-Rahman_al-Sufi